OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN DAGING BABI

RANTAU PANJANG 7 SEPTEMBER 2024 (SABTU) – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan daging babi yang dikesan di sekitar kawasan Pasir Mas, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat dan BN 7 PGA apabila menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Isuzu mendapati anggaran lebih 10, 000 Kg karkas babi yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.
Suspek seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup binatang tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 400 ,000.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA

Klebang – Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam raya sebagai …

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …