UMS BINA HOTEL RM10 JUTA

KOTA KINABALU: Sebuah hotel setinggi lima tingkat akan dibangunkan di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, membabitkan kos RM10 juta.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, berkata hotel butik yang akan dilengkapi 20 bilik itu bakal dibuka untuk penginapan apabila siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Katanya, kemudahan itu turut disasar dijadikan makmal pengajaran hospitaliti untuk kemudahan pelajar menjalani latihan amali industri perhotelan dan pelancongan.

“Pembinaan hotel dan makmal hospitaliti di tapak seluas setengah ekar ini dijangka bermula pada hujung tahun ini dan dijadual siap dalam tempoh dua tahun.

“Kedudukannya menghadap laut dan panorama matahari terbenam,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, di sini, hari ini.

Kasim berkata, antara fasiliti disediakan di hotel itu nanti ialah dapur pengajar dan dewan serbaguna berkapasiti 100 hingga 150 orang untuk persidangan berskala kecil.

“Kita yakin hotel ini dapat memberi nilai tambah kepada graduan dan pelajar yang mengambil jurusan pengurusan perhotelan dan pengurusan pelancongan.

“Di samping itu, banyak juga fakulti lain yang boleh menyumbang kepada fasiliti hotel UMS seperti Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan yang menawarkan kursus teknologi makanan.

“Begitu juga dengan Akademi Seni UMS, pelajar mereka boleh menjadikan fasiliti yang ada di hotel itu nanti untuk membuat persembahan seni kreativiti,” katanya.

Kasim berkata, peruntukan untuk membina hotel itu menggunakan dana dari Rizab Kumpulan Wang Pembangunan Universiti.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  INFO X

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut