TIADA SEBARANG KOMITMEN KEWANGAN ANJUR SUKAN SEA 2027 – MASIDI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan bagi penganjuran bersama Sukan SEA 2027, kata Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, perkara itu disahkan pada Mesyuarat Kabinet negeri, hari ini.

“Mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan bagi penganjuran Sukan SEA 2027.

“Kerajaan Sabah juga belum bersedia menjadi ‘co-host’ (penganjur bersama) kerana kemudahan sukan di Sabah masih perlu ditingkatkan,” katanya menerusi satu perkongsian di X, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo, sebelum ini mengumumkan Malaysia menerima tawaran menganjurkan Sukan SEA 2027, dengan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju menjadi hos bersama Kuala Lumpur.

Katanya, kos keseluruhan penganjuran sukan itu dianggarkan mencecah RM700 juta berdasarkan kos Sukan SEA 2017, dengan kerajaan Sarawak bersetuju menampung 50 peratus iaitu lebih RM300 juta, manakala Sabah RM100 juta dan Pulau Pinang pula RM15 juta.

Pada Julai lalu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin mengesahkan dipelawa oleh Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sama-sama menganjurkan sukan berkenaan.

Katanya, kementeriannya juga sudah menghantar beberapa cadangan mengenai acara sukan yang sesuai di negeri ini, namun perkara itu tertakluk kepada hasil perbincangan dengan kerajaan negeri.

Pengumuman mengenai penganjuran bersama Sukan SEA itu dan jumlah peruntukan yang disebut turut menimbulkan persoalan beberapa pihak memandangkan tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan negeri, sebelum ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

 

Sumber:  INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …