WANITA DIPENJARA EMPAT TAHUN MENGAKU TIPU JPN

MENGAKU SALAH: Tertuduh diiringi keluar menjalani hukuman selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2011 dan 2012.

Tertuduh, Kartinadari Amai, 56, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah memberi maklumat palsu dalam sijil kelahiran tiga anak dengan mengaku sebagai ibu kandung.

Selain itu, tertuduh turut menjadi penganjur bagi dua permohonan kad pengenalan di JPN Tawau, pada 11 Mac 2011 dan 16 November 2012.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa dibawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN, Mohd Naser Mohd Nadzeri sementara tertuduh diwakili peguam Jhasarry P Kang.

Mohd Naser dalam hujahnya memohon agar hukuman bentuk pencegahan dikenakan ke atas tertuduh kerana mengambil kira kepentingan awam dan keadilan sosial.

Katanya, walaupun tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan itu, adalah penting diingat bahawa tindakan ini menimbulkan kesan serius terhadap integriti sistem perundangan dan kepercayaan masyarakat terhadap kejujuran.

“Kegagalan menegakkan hukuman yang setimpal akan memberi isyarat yang salah kepada masyarakat dan boleh memberi dorongan kepada orang lain untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sama.

Justeru, pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan kesan serius tindakan tertuduh dan menjatuhkan hukuman yang sepadan sebagai pembalasan serta menegakkan keadilan masyarakat.

Don Stiwin kemudian menjatuhkan hukuman penjara masing-masing dua tahun bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 30 Ogos lalu dan dijalankan secara berasingan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …