PENGKALAN KUBOR 1 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan beras yang dikesan di kawasan Pengkalan Kubor, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Semasa ditahan, suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Perodua mendapati sebanyak anggaran lebih 700 kg beras disyaki diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut.
Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 42,900.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi