OP TARING CHILLER KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN DAGING BABI

TUMPAT 3 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan binatang jenis babi yang dikesan di sekitar kawasan Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat dan BN 9 PGA apabila menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring CHILLER Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Isuzu mendapati anggaran lebih 5000kg karkas babi yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.
Suspek seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup binatang tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 204,800.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …