PEMAJU GAGAL SIAP PROJEK AKAN DISENARAI HITAM

KUANTAN: Pemaju yang gagal menyiapkan projek yang dilaksanakan Kerajaan Pahang selepas tempoh tiga kali lanjutan masa (EOT) diberikan akan disenarai hitam.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob, berkata kegagalan itu juga akan dilaporkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius terhadap sebarang kelewatan projek yang diluluskan kepada pemaju untuk disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ini kerana kegagalan menyiapkan projek yang diluluskan akan menjejaskan pembangunan negeri yang dirancang.

“Pelbagai mekanisme digunakan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Antaranya ialah Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek, meningkatkan kekerapan ke tapak projek dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui peruntukan tahun lalu meluluskan RM319.5 juta bagi membiayai 211 projek pembangunan negeri Pahang.

Katanya, daripada jumlah itu, hanya empat projek lewat jadual dan selebihnya di pelbagai peringkat pelaksanaan dan mengikut jadual ditetapkan.

“Tahun ini, sejumlah RM374.9 juta diperuntukkan bagi menampung pelaksanaan sebanyak 249 projek di seluruh Pahang yang merangkumi 10 agensi pelaksana.

“Sehingga 31 Julai lalu, sebanyak lima projek lewat jadual,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …