AHLI BERSEKUTU SEBUAH PERTUBUHAN DIBURU, SALAH GUNA GELARAN DATUK

KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana didakwa menyalahgunakan gelaran Datuk palsu dari Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata tindakan itu dilakukan susulan laporan dibuat pertubuhan itu yang mendakwa seorang individu juga ahli bersekutu menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

“Setakat ini polis merampas beberapa dokumen dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan dan menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan darjah kebesaran palsu kerana ia adalah satu kesalahan jenayah.

Polis siasat darjah kebesaran Pahang dijual di platform e-dagang

“Suspek boleh dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana telah menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu.

“Jika disabitkan, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …