OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN PELBAGAI BARANGAN RUNCIT

RANTAU PANJANG 27 Ogos 2024 – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang runcit yang dikesan di kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati pelbagai barang runcit ditemui di dalam kenderaan tersebut. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barang runcit tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 12,325.50 dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Suspek diserahkan ke Komtak Taman Bakti Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

1,000 PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN SABINDO TERIMA INSENTIF E-DOMPET

BANTUAN: Rina (dua kiri) dan Mohd Roli (kiri) menyampaikan insentif RM100 kepada peniaga bazar di Sabindo. TAWAU: Seramai 1,000 pengunjung Bazar …

MARITIM TAHAN PAM BOT DISYAKI GUNA BOM IKAN DI PERAIRAN KUNAK

TANGKAP: Kedua-dua suspek dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan dan tindakan lanjut. LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim …

PERANCANGAN STRATEGIK PERKUKUH PRESTASI SYARIKAT

ALBUM: Mohd Ishak merakamkan gambar kenangan bersama Faez dan Catherine serta pihak pengurusan AHSB sempena pertemuan itu. KOTA KINABALU: Pembantu …