MAIK, BANK MUAMALAT TINGKAT KUTIPAN WAKAF MELALUI QR

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Bank Muamalat Malaysia menyasarkan sebanyak 20 peratus peningkatan kutipan wakaf tahun ini melalui kod Respons Pantas (QR).

Transformasi digital itu yang dilakukan secara kod Respons Pantas (QR) bertujuan membolehkan masyarakat berwakaf secara dalam talian dengan mudah, pantas, dan telus.

Penggunaan sistem itu akan diperluaskan di lebih banyak lokasi termasuk masjid dan surau bagi menggalakkan masyarakat berwakaf.

Sumbangan yang diterima melalui Wakaf MAIK Muamalat akan diagihkan kepada projek wakaf dalam pelbagai sektor termasuk penajaan asnaf terpilih untuk menyertai program keusahawanan iTEKAD Bank Muamalat.

Di Kelantan, Wakaf MAIK Muamalat dilancarkan pada tahun 2018 telah mencapai lebih daripada RM2.3 juta kutipan. Sehingga kini, lebih RM932,526 telah diagihkan kepada projek wakaf yang memanfaatkan rakyat di Kelantan.

Maklumat lanjut mengenai Wakaf MAIK Muamalat boleh didapati di laman web Bank Muamalat www.muamalat.com.my atauย menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-26005500 atau di cawangan Bank Muamalat

 

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut