MPOX: JKNK AMBIL SAMPEL DI PINTU MASUK MALAYSIA-THAILAND

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjalankan kerja-kerja pengambilan sampel di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang penularan mpox atau cacar monyet.

Setakat ini JKNK masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut.

JKNK juga memperketatkan pemeriksaan kesihatan di semua pintu masuk sempadan sebagaimana garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan dengan mpox.

KKM mengesahkan tiada kes baharu membabitkan mpox atau cacar monyet di Malaysia setakat ini, biarpun berlaku peningkatan jangkitan di rantau Afrika baru-baru ini.

KKM memaklumkan, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir pada November tahun sama.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …