KONFLIK HARIMAU KUMBANG: 17 TANGKAPAN SEJAK 2023

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merekodkan 17 tangkapan harimau kumbang setakat ini di Negeri Sembilan. Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, daripada jumlah berkenaan sebanyak 14 tangkapan dilakukan pada tahun lalu dan bakinya adalah tahun ini termasuk tangkapan terbaharu pada Sabtu lalu di Kampung Padang Lebar, Mukim Mayun, Chengkau Ulu, Rembau.

Harimau kumbang tersebut telah dibawa ke Pejabat Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. Tangkapan tersebut sedikit sebanyak melegakan pekebun dan penternak kambing di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tangkapan dan pemindahan harimau kumbang tersebut bukanlah penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan ini adalah berhampiran dengan Hutan Simpan Gunung Tampin. Sementara itu, penduduk khususnya penternak haiwan dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan konflik melibatkan harimau kumbang. Langkah berkenaan antaranya sentiasa membersihkan kebun dan tidak dibiarkan bersemak dan tidak membiarkan kandang haiwan ternakan terbuka dengan mengukuhkan struktur kandang.

Penternak juga disarankan untuk menerangkan kandang di waktu malam serta tidak melepaskan ternakan pada waktu malam. Orang ramai juga diingatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar, jangan mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada diri sendiri.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut