MKN KELANTAN: PROGRAM SEMARAK MERDEKA TAHUN 2024

Bersempena Bulan Kebangsaan Negara Tahun 2024, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama rakan strategik telah menganjurkan Program Semarak Merdeka Tahun 2024 pada 26 Ogos 2024, jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang di Perkarangan Hotel H Elite dan Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

Program ini telah dirasmikan oleh PKN MKN Negeri Kelantan dan dihadiri lebih daripada 350 penyertaan. Peserta terdiri daripada agensi rakan strategik seperti PDRM, JAPEN, JPNIN, RTM, YADIM, YAPEIM, PPD, ATM, KPDN, APM, APMM, RELA, JBS, Hotel H Elite, Mydin dan lain-lain termasuk 67 orang peserta Konvoi Merdeka bermotosikal.

Program ini dimulakan dengan sesi Konvoi Merdeka dan pelepasan konvoi dilakukan oleh PKN Negeri Kelantan bersama Pengarah-Pengarah Agensi/Jabatan yang turut hadir di Perkarangan Hotel H Elite.

Konvoi juga telah singgah di SK Seribong dan SMK Padang Enggang dengan pengisian penyerahan bendera Malaysia oleh PKN Negeri Kelantan sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan serta penyerahan bakul asnaf oleh pihak YADIM dan MYDIN sebelum menuju ke Mydin Mall Tunjong bagi perasmian program.

Pelbagai pengisian menarik berlangsung sepanjang program seperti Sesi Dialog Keselamatan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Beragam, Persembahan Dikir Barat serta Cabutan Bertuah sebelum diakhiri dengan kibaran bendera dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

 

 

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …