TIPS KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK KANAK-KANAK

Kemalangan jalan raya boleh berlaku dalam sekelip mata kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, termasuk terhadap golongan kanak-kanak. Apabila berlaku, sudah tentu ia menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa dan ahli keluarga.

Justeru itu, adalah sangat penting untuk kanak-kanak dididik mengenai soal keselamatan jalan raya sejak dari awal bagi kepentingan mereka.

Tips 1 : Lihat kedua-dua arah

Ini adalah perkara paling asas dan penting. Ajar anak anda untuk melihat ke kedua-dua arah (kanan-kiri-kanan semula) sebelum melintas jalan. Nasihati anak anda supaya kekal fokus dan tidak melakukan perkara lain seperti bermain telefon bimbit ketika sedang melintas. Ini kerana perbuatan sedemikian boleh mengundang bahaya terhadap diri mereka, seperti tersadung ketika melintas atau terlambat melintas jalan raya.

 

Tips 2 : Tanda isyarat keselamatan jalan raya

Bersembang dengan anak anda secara santai mengenai isyarat-isyarat keselamatan jalan raya berserta maksudnya. Ajar dan beritahu mereka tempat yang dibolehkan untuk melintas, bila mereka patut melintas, kawasan berbahaya untuk melintas dan lain-lain agar mereka faham.

Anda juga boleh bermain sesi soal jawab bersama mereka mengenai peraturan dan keselamatan jalan raya supaya mereka rasa lebih seronok dan mudah untuk memahaminya.

 

Tips 3 : Kenal pasti kawasan berbahaya

Antara kawasan yang sangat merbahaya untuk kanak-kanak adalah seperti di taman perumahan dan sekitar kawasan pusat membeli-belah. Didik anak anda untuk sentiasa berhati-hati di kawasan-kawasan ini, terutama jika anda tinggal di kawasan perumahan yang menjadi tumpuan kenderaan lalu-lalang setiap hari. Beri amaran kepada anak anda untuk tidak leka dan bermain di sekitarnya bagi mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini terutamanya pada waktu puncak.

 

Tips 4 : Berjalan di laluan bertentangan

Ajar anak anda untuk berjalan kaki di laluan bertentangan agar lebih mudah untuk mereka  memerhatikan pergerakan kenderaan dari arah bertentangan. Ini aspek penting bagi mengelakkan kes langgar dari belakang.

 

Semoga tips yang dikongsikan ini berguna untuk mendidik anak anda lebih selamat di jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …