KELANTAN ‘LUBUK’ PENULIS, KARYAWAN

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) yang memasuki tahun ke-25 menandakan tekad dan iltizam DBP dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera Melayu.

Mengimbau sejarah penubuhannya, DBPWT mula beroperasi pada 1 Ogos 1999 di Jalan Hospital (kini Jalan Abdul Kadir Adabi), Kota Bharu.

Ia dengan tujuan utamanya adalah untuk menjadi pusat rujukan serta pusat kegiatan bahasa, sastera dan persuratan, khususnya di wilayah Timur.

Sepanjang 25 tahun penubuhannya terdapat banyak kegiatan yang dilaksanakan oleh DBPWT sama ada berskala besar mahupun kecil.

Antaranya adalah pementasan Teater Tok Kenali dan Teater Qasidah Bersajak, Tok Janggut, Puteri Saadong, Anugerah Sastera Kelantan dan pelbagai pertandingan bahasa dan sastera termasuk bengkel pemantapan penulis.

Geobudaya politik di Kelantan yang menarik memungkinkan karyawan menterjemahkan persekitaran yang ada di sekeliling mereka dalam naskhah sekaligus berjaya menghidupkan sesuatu karya itu.

Penulis Kelantan sangat kreatif dan mampu menterjemahkan persekitaran di situ dalam kerangka imaginasi sekaligus memberi ‘modal’ kepada mereka untuk berkarya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …