SINDIKET DADAH KINI DIKESAN BERSELINDUNG DI SEBALIK PERNIAGAAN LAIN-POLIS KELANTAN

Sindiket dadah di Kelantan dikesan berselindung di sebalik perniagaan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan polis.

Ketua sindiket itu berperanan sebagai penaja perniagaan dan hanya berada di belakang sindiket terbabit dengan mengatur gerak pengedaran bekalan dadah kepada pelanggan.

Ia menyebabkan PDRM sukar menangkap sindiket terbabit bersama dadah berkenaan.

Kebanyakan ketua sindiket hanya menggunakan transporter untuk segala urusan dan sebarang transaksi dadah juga dilakukan pihak ketiga itu tanpa membabitkan sindiket berkenaan.

Modus operandi itu dikesan berdasarkan tangkapan dilakukan sebelum ini dan ia membabitkan pelbagai perniagaan.

Kegiatan sebegini bukan di Kelantan saja sebaliknya wujud juga di negeri lain.

Tangkapan berkaitan kes dadah tahun ini meningkat 72.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu susulan tindakan terancang diambil PDRM.

PDRM memohon bantuan pelbagai pihak termasuk maklumat daripada pimpinan masyarakat untuk disalurkan kepada polis bagi memudahkan tangkapan dilakukan.

 

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …