POLIS KELANTAN LUPUS DADAH BERNILAI RM89 JUTA

Polis Kelantan melupuskan dadah bernilai lebih RM89 juta membabitkan rampasan sejak 1997 sehingga tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dadah terbabit sudah melalui proses di mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.

Rampasan dadah terbabit termasuk pil kuda, syabu, heroin, kanabis yang bernilai lebih RM89 juta.

“Pelupusan barang kes ini dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan mengikut perintah Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang media hari ini.

Sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan seramai 17,694 orang atas pelbagai kesalahan dadah.

Menerusi tangkapan berkenaan PDRM merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM10 juta.

Selain itu, PDRM turut menyita aset RM3 juta dan seramai 68 pengedar dadah diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …