Malaysia dan India bersetuju meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara daripada Perkongsian Strategik Dipertingkat (ESP) kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).
Hubungan yang lama terjalin antara Malaysia dan India sejak di zaman pentadbiran Perdana Menteri India yang pertama Jawaharlal Nehru dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman dikukuhkan lagi merentasi pelbagai bidang.
Ia merentasi sektor seperti pelaburan digital, perdagangan, pembinaan, pertanian, pendidikan, penyelidikan, dan kerjasama ketenteraan, termasuk operasi bersama untuk menjaga sempadan.
Status hubungan dua hala Malaysia-India sebelum ini ditingkatkan kepada ESP pada 2015 semasa lawatan Modi ke Malaysia.
Sumber: Bernama