EMPANGAN HIDROELEKTRIK: LEBIH 1,000 ORANG ASLI DIPINDAHKAN BERMULA PERTENGAHAN 2026

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias yang terkesan dengan pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri, akan dipindahkan mulai pertengahan 2026.

Pemindahan penduduk Orang Asli itu akan dilakukan secara peringkat selepas empangan hidroelektrik itu siap dibina.

Pada masa ini TNB sedang membina rumah mereka di penempatan yang dipilih oleh komuniti berkenaan.

Ia melibatkan 245 Ketua Isi Rumah (KIR), iaitu 84 KIR di Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias dengan keluasan 720 ekar, dan 161 KIR di Pos Tohoi dengan keluasan 1,337 ekar.

Projek Hidroelektrik Nenggiri itu akan membentuk:

  • Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer (km) persegi
  • Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97 km persegi dan berupaya menjana 300 megawatt (MW).

Projek hidroelektrik yang menelan kos RM5 bilion dan mula dibina pada Mac 2022 dijangka siap sepenuhnya pada November 2027.

Kemajuan pembinaan empangan hidroelektrik itu, kini mencapai 40.5 peratus dan sedang berjalan mengikut jadual.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …