MARITIM KELANTAN TAHAN ENAM NELAYAN ASING

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) bersama enam nelayan warga Thailand di muara Tok Bali, pada 17 Ogos 2024.

Tangkapan dilakukan oleh sebuah bot peronda milik agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam dalam Op Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam orang kru termasuk tekong kesemuanya disyaki warga negara Thailand berumur di antara 33 hingga 55 tahun bekerja di vesel tersebut.

Tiga daripada kru vesel tersebut juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit bekerja yang sah ketika diminta.

 

Sumber: Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLAHANKAN KENDERAAN, LINDUNGI NYAWA DI KAWASAN SEKOLAH

Kawasan sekolah merupakan lokasi yang dipenuhi murid-murid yang mungkin melintas jalan secara tiba-tiba. Walaupun anda tergesa-gesa, kurangkan kelajuan dan tingkatkan …

ADAKAH KEMUDAHAN TOUCH n GO MASIH TERSEDIA DALAM MYKAD GENERASI BAHARU?

MyKad Generasi Baharu tidak lagi menyediakan kemudahan Touch ’n Go. Bagi pengguna yang ingin terus menggunakan perkhidmatan Touch ’n Go, …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …