Di era globalisasi saat ini, kemajuan dalam teknologi informasi dan komunikasi telah mengubah cara orang berinteraksi dan berkomunikasi satu sama lain. Perkembangan ini telah menyebabkan munculnya media sosial, yang telah menjadi bahagian penting dari kehidupan sehari-hari. Media sosial memungkinkan kita untuk segera mendapatkan informasi, berbagi pengalaman, dan terhubung dengan orang-orang dari seluruh dunia. Namun, seiring dengan manfaatnya, media sosial juga memiliki ancaman, terutama jika disalahgunakan. Penyalahgunaan media sosial menjadi masalah yang semakin kompleks dan mendalam di masyarakat kontemporari. Media sosial, seiring dengan popularitinya yang terus meningkat, menawarkan platform yang luas untuk berbagai jenis aktiviti, termasuk yang konstruktif mahupun destruktif.
Ruang siber sememangnya menjanjikan kepelbagaian maklumat dan tidak keterlaluan jika disifatkan ia satu ‘dunia infiniti’ dalam medan informasi, kajian, jurnal dan sebagainya. Begitu juga dengan platform media sosial, platform itu menjadi ruang untuk berkongsi maklumat terkini serta merapatkan jurang telekomunikasi digital tidak mengira sempadan fizikal negara.
Bagaimanapun, ruang sama itu turut memberikan ancaman sama ada dalam aspek ketirisan maklumat, pandangan umum yang tiada sempadan serta hantaran jelik. Isu hantaran jelik yang dilakukan oleh pengguna ruang siber ini bukan lagi isu baharu sebaliknya sudah menjadi satu perkara yang ‘sinonim’ dalam konotasi negatif.
Hari ini media sosial sudah jadi platform utama untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bagaimanapun, kita melihat media sosial kerap disalah guna sehingga adakala menjadi ruang yang terlalu toksik, selain membawa kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tetapi juga terhadap masyarakat. Media sosial memudahkan perkongsian kepada masyarakat dengan kadar lebih pantas. Bagaimanapun selari dengan kepantasan itu, seharusnya tanggungjawab kita terhadap apa yang dikongsikan adalah kritikal.
Namun, terdapat sebahagian daripada masyarakat cenderung menyebarkan berita palsu atau maklumat tidak sahih yang boleh menyebabkan berlaku kekeliruan dan kerugian kepada masyarakat. Media sosial juga seharusnya digunakan untuk menyebarkan berita atau hal kebaikan dan mesej positif. Ambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman bermanfaat, nasihat berguna serta sokongan moral kepada rakan.
Hal sebegini amat tidak wajar, kerana perkembangan teknologi seharusnya selari dengan nilai kebertanggungjawaban yang tinggi. Ini bukan sahaja membantu mewujudkan suasana yang lebih baik, tetapi juga dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Sebagai pengguna media sosial, kita semua bertanggungjawab memastikan platform ini digunakan secara positif dan bermanfaat. Mengamalkan adab dan etika dengan betul, kita dapat menjadikan media sosial sebagai medium yang memperkasa serta memupuk nilai murni dalam masyarakat.
Β Sumber: BERITA HARIAN, HARIAN METRO