INFO KESIHATAN: FAKTA MENARIK MENGENAI GIGI

Kesihatan gigi amat penting untuk setiap orang apatah lagi wanita yang sedang mengandung. Hormon ibu mengandung sentiasa berubah-ubah dan ini boleh memberi kesan terhadap kesihatan gusi dan gigi, menjadikan mulut lebih terdedah kepada kuman dan plak. Penjagaan gigi yang betul dengan bantuan daripada doktor gigi akan menjadikan gigi ibu mengandung kekal sihat sepanjang tempoh mengandung sekaligus membantu mengelakkan komplikasi kepada bayi dalam kandungan.
Selain itu, adakah anda tahu tentang keunikan gigi kita ini?
  • Gigi adalah lapisan enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan lapisan paling keras dalam badan manusia.
  • Manusia mempunyai 2 set gigi , iaitu gigi susu ( 20 batang) dan gigi kekal (32 batang).
  • Setiap satu set lengkap gigi manusia mempunyai 4 jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring , gigi geraham kecil dan gigi geraham besar.
  • Selain berfungsi sebagai pengunyah makanan, gigi juga berfungsi dalam menghasilkan bunyi atau percakapan. Proses pembentukan gigi sudah bermula ketika masih dalam kandungan lagi, namun gigi susu hanya akan mula keluar sekitar umur 6 bulan.
  • Namun, ada juga kes gigi tumbuh pada bayi baru lahir atau disebut dengan natal teethtermasuk dalam gigi susu yang tumbuh lebih awal. Bentuknya seperti gigi pada umumnya, tetapi dengan ukuran yang lebih kecil, berwarna kekuningan, tidak memiliki akar, dan mudah goyang. Biasanya, natal teeth muncul di bagian depan gusi bawah.
  • Tiada 2 orang yang mempunyai set gigi yang sama. Gigi anda adalah unik sama seperti cap jari anda.
  • Banyak penyakit yang mempunyai kaitan dengan kesihatan mulut anda seperti penyakit jantung, osteoporosis, dan kencing manis.
  • Gigi jongang boleh disebabkan oleh faktor genetik (rangka muka), tisu lembut, tabiat atau kesesakan gigi (gigi bertindih).

Sumber : Portal MyHEALTH, X Dr. Samhan; www.aladokter.com

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …