DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Bencana kerja merupakan isu pokok yang perlu dititik beratkan dikalangan majikan dan pekerja di mana melibatkan kemalangan industri (industrial accident) dan kemalangan dalam perjalanan (commuting accident). Pelbagai aktiviti dan program terus dilaksanakan oleh PERKESO bagi meningkatkan tahap kesedaran berkenaan pencegahan bencana kerja terutamanya melibatkan kemalangan dalam perjalanan.
Taklimat Keselamatan Jalan Raya dan Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO telah diadakan dengan kolaborasi bersama Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan Hospital Pulau Pinang (HPP) melibatkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kedua-dua agensi di mana taklimat keselamatan jalan raya dan perlindungan keselamatan sosial telah disampaikan oleh Ketua Unit Faedah Norlela Aripin. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Ketua Unit Kesihatan Awam HPP Dr. Sharla Mainiandy dan Pengurus Fasiliti Edgenta Mediserve En. Mohamad Hafiz Ramli.
Sumber : Perkeso Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/Perkeso.PulauPinang