LARANGAN AMBIL, JUAL KUPANG DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA DITARIK BALIK

Larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Negeri Sembilan dan Melaka telah ditarik balik serta merta berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, ia berdasarkan hasil pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan analisis makmal yang konsisten susulan kes berkenaan. Keputusan ini diambil kerana bacaan biotoksin telah menunjukkan penurunan di bawah 400 per-bilion bagi sampel ke-15.

Dengan ini, aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa. Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

Sebelum ini media melaporkan, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan. Beliau berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …