BERBUSANA MELAYU LAMA,KAYUH BASIKAL TUA BANGKIT NOSTALGIA KEMERDEKAAN

Mengenakan busana Melayu lama dengan mengayuh basikal klasik dihiasi Jalur Gemilang antara yang ditonjolkan sekumpulan pengayuh dari Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.Pemakaian busana berkenaan juga dilihat seakan-akan mengimbau kenangan lepas selain penggunaan basikal tua yang menjadi kenderaan utama rakyat sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Presiden kelab berkenaan, Amran Yahya yakin dengan kayuhan seperti itu dapat membangkitkan nostalgia kemerdekaan dan menyemarakkan semangat kenegaraan dalam kalangan orang ramai. Mereka  memakai pakaian seperti ini bagi mendedahkan kepada anak muda pakaian yang digunakan orang dahulu sebelum adanya pakaian yang moden sekarang. Begitu juga dengan basikal tua ini ada di antaranya digunakan sejak tahun 1940-an dan keadaannya masih baik.

Sebelum itu 10 ahli kelab tersebut membuat kayuhan dan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan sebagai simbolik Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Daerah Kuala Pilah di Dataran Kuala Pilah, Melang. Turut berlangsung pada hari sama Program Jiwa Komuniti Madani Parlimen Kuala Pilah dan Hari Informasi Pertanian.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Sembilan, Azrul Hasan dalam ucapannya, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Japen telah melaksanakan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 yang menelusuri setiap negeri di semenanjung Malaysia. Konvoi ini telah singgah di Negeri Sembilan pada 22 dan 23 Julai lalu di beberapa daerah di sini bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024. Selaras dengan itu, Kementerian Komunikasi telah mengumumkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang. Inisiatif ini bertepatan untuk menterjemah semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia. Kibarkanlah Jalur Gemilang yang cukup sifatnya, tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh kerana bendera ialah gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …