KPT TIDAK PERNAH ABAI PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI – ZAMBRY

GUA MUSANG: Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah mengabaikan pendidikan masyarakat anak Orang Asli, khususnya dalam pelbagai bidang di Pusat Pengajian Tinggi Awam (PPTA) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kementerian sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada anak komuniti Orang Asli untuk melanjutkan pengajian di PPTA dan dalam bidang TVET di seluruh negara.

Beliau berkata, kadar kemasukan anak komuniti berkenaan ke pusat pengajian tinggi sentiasa meningkat setiap tahun.

“Seramai 482 anak Orang Asli yang tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berjaya menerima surat tawaran melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di PPTA di seluruh negara.

“Pendidikan untuk masyarakat Orang Asli bermula seawal usia kanak-kanak dengan membuka kelas pendidikan prasekolah, tadika, sekolah rendah seterusnya sekolah menengah di kawasan berhampiran penempatan mereka bagi memastikan anak Orang Asli tidak tercicir dalam pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan hak semua kaum, termasuk Orang Asli, untuk mendapatkan pendidikan yang baik pada peringkat menengah dan tinggi akan terus diperjuangkan tanpa mengira bangsa.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …