KPDN KELANTAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK BERSUBSIDI

@kpdn.kelantan 731 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA KPDN KELANTAN. #penguatkuasaan KOTA BHARU, 7 OGOS : Satu operasi yang dijalankan oleh KPDN Kelantan telah berjaya membanteras satu kes penyelewengan barang kawalan bersubsidi. Operasi yang dijalankan pada jam 2.15 petang di hadapan sebuah rumah di Chabang Tiga Pengkalan Chepa, Kota Bharu ini, telah menghasilkan satu tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun. Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa telah merampas sebuah kenderaan jenis Proton Waja bernilai RM 5,000.00 dan minyak masak paket 1kg sebanyak 731 kilogram dengan nilai RM 1,827.50, menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM 6,827.50. Operasi bermula berdasarkan maklumat risikan yang mendapati sebuah kenderaan jenis Proton Waja sedang memunggah minyak masak bersubsidi ke dalam kereta oleh dua orang lelaki di sebuah rumah tanpa nombor di Kota Bharu, Kelantan. Pasukan mengesyaki bekalan minyak masak tersebut adalah untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran. Setelah selesai aktiviti pemindahan minyak masak, pasukan penguatkuasa mendekati suspek. Menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan memandu secara melulu. Setelah pasukan mengekori kereta saspek sejauh kira-kira 10 kilometer dan saspek menemui jalan buntu lalu memberhentikan kenderaannya. Seterusnya pasukan berjaya menahan kenderaan tersebut dengan bantuan Unit Peronda MPV PDRM di hadapan sebuah rumah di Taman Mesra, Chabang Tiga Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ketika ditahan, seorang lelaki berjaya melarikan diri dan masih gagal dikesan, manakala seorang lagi berjaya ditahan. Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui 43 kotak mengandungi minyak masak bersubsidi yang disyaki untuk tujuan penyelewengan ke negara jiran. Suspek yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumentasi berkaitan pemilikan minyak masak bersubsidi tersebut dan mengakui bahawa minyak masak itu akan diseludup ke negara jiran melalui pengkalan haram atau tebing sungai di sempadan. Manakala suspek ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan serta tindakan lanjut akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa KPDN Kelantan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDN Kelantan akan terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya. KPDN Kelantan juga memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan dan agar peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan, selain memastikan juga bekalan agar mencukupi kepada pengguna. KPDN Kelantan bertegas tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat. Pengguna atau orang awam diingatkan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan di saluran rasmi yang disediakan. ©2024 Unit Media I KPDN KELANTAN Hak Cipta Terpelihara. #CapCut #minyakmasak #KPDNKITA #penguatkuasaan #kpdnkita ♬ Intense and epic battle orchestral loop(1328114) - perfectpanda

KPDN Kelantan merampas 731 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini pada 7 Ogos 2024.

Rampasan dilakukan selepas pihaknya mengesan dua lelaki mahu memunggah minyak masak terbabit dari sebuah kereta ke dalam sebuah rumah tanpa nombor pada jam 2.15 petang.

Setelah selesai aktiviti pemindahan minyak masak, pasukan penguatkuasa mendekati suspek. Menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan memandu secara melulu.

Setelah pasukan mengekori kereta saspek sejauh kira-kira 10 kilometer dan saspek menemui jalan buntu lalu memberhentikan kenderaannya.
Ketika ditahan, seorang lelaki berjaya melarikan diri dan masih gagal dikesan, manakala seorang lagi berjaya ditahan.
Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui 43 kotak mengandungi minyak masak bersubsidi yang disyaki untuk tujuan penyelewengan ke negara jiran.
Suspek ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan serta tindakan lanjut akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa KPDN Kelantan dibawah Akta tersebut.
KPDN Kelantan akan terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut