JKDM RAMPAS 1.26 BATANG ROKOK BERNILAI RM942,480

KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan cubaan pengedaran 1.26 juta rokok bernilai RM942,480 yang menggunakan sebuah lori di Taman Sri Mahkota, di sini pada 16 Julai lalu.

Pengarahnya, Mohd Asri Seman, berkata rampasan itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang hasil pemeriksaan dilakukan ke atas lori yang ditinggalkan di tepi jalan pada jam 2 petang.

Katanya, rampasan rokok berjumlah 1.26 juta batang dianggarkan bernilai RM100,800 manakala jumlah duti dan cukai dianggarkan RM841,680 dengan nilai keseluruhan termasuk lori terbabit berjumlah RM1,002,480.

“Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan diteruskan untuk mengesan pemilik lori serta rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak berkastam untuk tindakan selanjutnya.

“Modus operandi sindiket adalah menggunakan lori berkanvas dan bergerak aktif pada waktu puncak untuk mengaburi pihak berkuasa. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam Jalan Bank, di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan pada 22 Julai lalu, beliau berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan di Kilometer 129, Lebuh raya Segamat-Kuantan, dekat Muadzam Shah, Rompin pada jam 2.30 petang.

Katanya, pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dipandu suspek menemukan 53,100 batang rokok.

“Nilai rokok yang dirampas berjumlah RM5,617 dengan membabitkan duti dan cukai dianggarkan berjumlah RM45,607,72 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …