LAPORAN PERMOHONAN MAAF META KEPADA PM DAPAT PERHATIAN DUNIA ARAB

Laporan Meta Platforms memohon maaf susulan penurunan hantaran daripada akaun Facebook dan Instagram, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, mendapat liputan meluas media di negara Arab dan berbahasa Arab.

Ia disiarkan antaranya melalui platform masrawy.com dan aawsat.com yang berpangkalan di Mesir, alroya.com (Oman), sarayanews.com (Jordan), alalam.ir (Iran), alquds.co.uk dan alghad.ty (UK), aljazeera.net, alaraby.com (Qatar) dan alwatannews.com (Bahrain).

Ia susulan Malaysia telah menuntut Meta memberi penjelasan selepas hantaran ucapan takziah susulan kematian Haniyeh diturunkan daripada akaun Facebook dan Instagram.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta menurunkan hantaran Perdana Menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Haniyeh di platform Facebook dan Instagram pada 14 Mei dan 30 Julai lepas.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut