TEKNOLOGI KUANTUM: CABARAN BAHARU PERTAHANAN SIBER NEGARA

Teknologi kuantum atau komputer kuantum yang dipercayai mampu melakukan penyulitan data (data encryption) kurang dari lima minit berbanding komputer biasa yang mengambil masa bertahun, bakal menjadi cabaran baharu sektor pertahanan siber negara.

Susulan teknologi perkomputeran kuantum yang dijangka matang dalam tempoh lima tahun serta jauh lebih berkuasa daripada komputer biasa itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu membuat persediaan bagi menghadapi potensi ancaman teknologi itu.

Kebaikan teknologi itu adalah ia akan mempercepatkan proses pengkomputeran berlipat kali ganda, namun keburukannya teknologi yang sama juga boleh digunakan untuk memecahkan kod-kod data yang disulitkan (encrypted) seperti dalam aplikasi WhatApps hanya dalam beberapa minit.

Namun, ATM bersedia untuk menerima kehadiran teknologi tersebut dan sedang melakukan persiapan untuk menangani sebarang ancaman sekiranya teknologi itu digunakan untuk perkara yang tidak baik.

Pembangunan teknologi kuantum ini masih di peringkat sangat awal (infant). Namun, semua negara yang berkemampuan melihat ancaman kepada teknologi ini dan Malaysia perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Justeru, ATM juga mengambil inisiatif untuk berkolaborasi di peringkat ASEAN dan  ASEAN Plus melibatkan China, Rusia, Amerika Syarikat dan Australia dalam soal keselamatan siber selain bekerjasama dengan pihak swasta.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …