𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—”π—‘π—”π—ž π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—£π—˜π—‘π—–π—’π—₯π—”π—ž π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯π—˜π—¦π—œπ—™

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama strategik bersama Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) telah mengadakan Program Anak Bangsa Pencorak Negara Progresif bersama-sama anak-anak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, Pulau Pinang. Program tersebut telah melibatkan 26 orang anak murid dari SK Pulau Aman dan program tersebut diserikan dengan kehadiran YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN JPM. Turut hadir bersama adalah ACP Hj. Rusley bin Chi Ari, Komander Polis Marin Markas Wilayah 1, Brig. Jen Dato’ Pahlawan Sr. Dr. Mohd. Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM, Tuan Mohd. Tarmizi bin Dan, Pengarah PPON MKN JPM, serta Kapten Maritim Razali Kasim, Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang.

YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Haji Ahmad, TKPKN (KS) telah melaksanakan tinjauan di sekitar kawasan SK Pulau Aman bersama delegasi agensi keselamatan Negeri Pulau Pinang dan seterusnya berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada anak-anak murid SK Pulau Aman. YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Haji Ahmad melalui ucapan beliau turut menegaskan kepada anak-anak murid SK Pulau Aman bahawa mereka merupakan pelapis negara pada masa hadapan dan yakin anak-anak ini akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

 

Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/mknpenang.msia

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …