PEMANDU LORI DITAHAN DISYAKI SELEWENG DIESEL DI STESEN MINYAK

PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeleweng diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Panglima Banting, di sini, hari ini.

Lelaki warga tempatan berusia 31 tahun itu yang juga pemandu lori ditahan dalam satu operasi Ops Tiris, kira-kira jam 11 pagi.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, pihaknya mengesan lori kotak jenama Daihatsu Model Super Delta cuba membuat pembelian diesel di stesen minyak berkenaan.

Katakan, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lori itu mempunyai tangki tambahan jenis fiber berada di belakang lori mengandungi 206 liter diesel.

“Lori dan minyak diesel seterusnya disita bertujuan siasatan lanjut kerana pemandu gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli dan membawa diesel yang disimpan di dalam tangki tambahan selain tangki minyak kenderaan.

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM30,442.90. Pemandu lori ditahan bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Lori membawa minyak diesel disita bagi tujuan siasatan lanjut kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel di Penampang. – Foto/KPDN

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

“Individu yang disabit dengan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Sementara itu, Georgie berkata, KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini.

Katanya, langkah ini supaya tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-8488000.

“Orang ramai boleh juga melayari Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my atau menghubungi Central 1-800-886-800 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …