DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama strategik bersama Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) telah mengadakan Program Anak Bangsa Pencorak Negara Progresif bersama-sama anak-anak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, Pulau Pinang. Program tersebut telah melibatkan 26 orang anak murid dari SK Pulau Aman dan program tersebut diserikan dengan kehadiran YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN JPM. Turut hadir bersama adalah ACP Hj. Rusley bin Chi Ari, Komander Polis Marin Markas Wilayah 1, Brig. Jen Datoโ Pahlawan Sr. Dr. Mohd. Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM, Tuan Mohd. Tarmizi bin Dan, Pengarah PPON MKN JPM, serta Kapten Maritim Razali Kasim, Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang.
YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Haji Ahmad, TKPKN (KS) telah melaksanakan tinjauan di sekitar kawasan SK Pulau Aman bersama delegasi agensi keselamatan Negeri Pulau Pinang dan seterusnya berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada anak-anak murid SK Pulau Aman. YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Haji Ahmad melalui ucapan beliau turut menegaskan kepada anak-anak murid SK Pulau Aman bahawa mereka merupakan pelapis negara pada masa hadapan dan yakin anak-anak ini akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/mknpenang.msia