TERENGGANU TERIMA 5.2 JUTA PELANCONG MELEBIHI SASARAN 4.5 JUTA

Negeri Terengganu telah menerima seramai 5.2 juta pelancong dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini melebihi sasaran awal seramai 4.5 juta yang dianggarkan sepanjang tahun.

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, peningkatan pelancong tempatan dan antarabangsa ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam merancakkan sektor pelancongan negeri. Menurutnya, pelbagai indikator digunakan bagi merekod kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Terengganu.

Selain itu, anggaran jumlah pelancong yang menginap di hotel, resort dan lain-lain penginapan pula seramai 318,067 orang dan jumlah ini tidak termasuk pelancong yang menginap di rumah inap desa yang tidak berdaftar. Kemasukan pelancong turut direkodkan melalui pintu masuk utama ke Terengganu iaitu Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Lapangan Terbang Pulau Redang.

Sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan 5,577,063 juta pengguna LPT2 telah ditolak dengan mengambil kira ia adalah laluan kerja dalam Terengganu serta laluan transit untuk ke Kelantan dan lain-lain faktor.

Acara-acara pelancongan berskala besar yang mendapat sambutan memberangsangkan pada tahun ini antaranya Terengganu International Bike Week 2024 (TIBW), Pameran Layang-Layang Gergasi Antarabangsa Kuala Terengganu 2024, Sail Malaysia Passage to The East Yacht Rally 2024 dan Scooterian Mega Gathering 2.0 telah membantu meningkatkan minat pelancong untuk datang ke Terengganu.

Tambahan lagi, Terengganu yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, pantai dan pulau yang cantik serta masih tidak tercemar selain penganjuran acara yang sinonim dengan kebudayaan serta warisan rakyat Terengganu menarik minat pelancong-pelancong.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …