ISU 40 PERATUS SENTIASA DIRUNDING – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip kerajaan persekutuan di negeri ini sentiasa dirundingkan.

Katanya, rakyat Sabah tidak perlu bimbang berhubung perkara itu kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan.

“Itu dalam perlembagaan, itu sentiasa kita rundingkan, jangan bimbang.

“Itu termaktub dalam perlembagaan dan kerajaan negeri sentiasa berunding dengan kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-35 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Ketua Menteri ditanya sama ada kerajaan negeri meneruskan tuntutan 40 peratus dengan kerajaan persekutuan.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkaitan semakan semula pemberian khas kepada Sabah masih dalam rundingan.

Katanya, perkara itu belum diputuskan kerana perjanjian sebelum ini menyebut bahawa ia bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan persekutuan.

Tahun lalu, jawatankuasa MA63 diberi tempoh setahun iaitu sehingga 18 Julai lalu untuk memuktamadkan rundingan berkaitan perkara itu, namun belum ada perkembangan terbaharu mengenainya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …