PENGGUNAAN JOMPARKING DITAMATKAN DI SEREMBAN, NILAI – MBS

Penggunaan aplikasi JomParking sebagai kaedah pembayaran caj parkir di kawasan Seremban dan Nilai akan ditamatkan berkuat kuasa pada 30 September ini. Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali, orang ramai boleh menggunakan alternatif lain untuk membuat bayaran caj parkir antaranya aplikasi FlexiParking, Evocity, Touch n Go eWallet dan Setel. Mereka boleh membuat pilihan sama ada bayaran per jam atau belian secara pas bulanan. Selain penggunaan aplikasi tersebut, pengguna juga boleh membuat bayaran caj tempat letak kereta menggunakan sistem eKupon atau kupon gores dan pamer melalui ejen-ejen jualan rasmi yang telah dilantik. Menurutnya, kredit sedia ada dalam Jomparking masih boleh digunakan di Seremban sehingga tarikh tamat dikuatkuasakan. Selepas tarikh berkenaan orang ramai boleh menggunakannya di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) lain seperti di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Sekiranya pengguna aplikasi JomParking ingin membuat pertanyaan berkaitan aplikasi tersebut, mereka boleh menghubungi syarikat pembekal JomParking untuk maklumat lanjut. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan penggunaan tempat letak kereta yang telah dilaksanakan di kawasan Seremban dan Nilai bagi mengelakkan tindakan kompaun. Selain itu, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta boleh dibuat melalui laman web rasmi Majlis Bandaraya Seremban www.mbs.gov.my atau pada aplikasi FlexiParking atau mengunjungi mana-mana cawangan kaunter bayaran hasil MBS berhampiran. Sebarang pertanyaan mengenainya boleh menghubungi Unit Letak Kereta di talian 06-765 4782/4761 /4789 manakala cadangan atau aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS menerusi pautan mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respon Rakyat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut