SULTAN PAHANG TITAH KERAJAAN NEGERI PANTAU PEMILIK TANAH BERI SEWA KEPADA WARGA ASING

KUANTAN, 31 JULAI 2024 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan Kerajaan Pahang agar dapat memantau dan mengambil tindakan ke atas pemilik tanah yang tidak berintegriti kerana menyewakan tapak pertanian mereka kepada warga asing.

Titah baginda, hal ini berlaku rentetan kurangnya nilai integriti sebilangan rakyat yang melakukan aktiviti tersebut sehingga tanah di negeri ini sudah mula ‘dijajah’ oleh pendatang asing secara terang-terangan.

Lebih mendukacitakan, warga asing tersebut telah mengambil alih peranan sebagai ‘tauke’ yang mengawal bekalan dan harga dalam industri pertanian yang mengakibatkan wujud kartel-kartel yang merosakkan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan.

“Oleh itu, beta mahu kerajaan beta, memantau aktiviti ini dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan aktiviti seperti ini tidak lagi berlaku. Tiada kompromi terhadap isu seperti ini daripada beta.

“Jangan sesekali gelap mata dengan wang ringgit dan kesenangan dunia yang sementara. Laksanakanlah amanah yang diberi ini dengan penuh integriti dan ingatlah setiap kerja buat dan tanggungjawab kita akan dipersoal kelak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Istana AbdulAziz, Kuantan.

Di samping itu, baginda turut menyeru agar semua rakyat dapat bekerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tentang segala bentuk jenayah dan salah laku yang berlaku.

Baginda juga meminta agar Kerajaan Pahang dan pihak berkuasa dapat mengkaji dengan mendalam mengenai rancangan pembangunan di Cameron Highlands dengan menggunakan pendekatan holistik, tegas dan lestari demi menyelamatkan tanah tinggi itu daripada segala bentuk kerakusan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 2025 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 bermula 22 Januari 2025 kepada 8.3 juta penerima …
Maklumat Lanjut

PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA

Rembia – Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki …
Maklumat Lanjut

KUNJUNG HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI MELAKA KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Seri Negeri – Kunjungan hormat Encik Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri serta pegawai-pegawai dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka …
Maklumat Lanjut