28 RUMAH ATAS AIR KAMPUNG SIMUNUL ROSAK DILANDA RIBUT

SEMPORNA: Sebanyak 28 rumah atas air di Kampung Simunul, di sini roboh akibat kejadian ribut yang melanda, tengah hari tadi.

Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan 12.00 tengah hari.

“Anggaran keluasan kawasan rumah yang roboh kira-kira 200 meter.

“Pasukan bomba telah membuat operasi mengosongkan bangunan rumah dengan memasang sawar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rumah yang roboh di Kampung Simunul, Semporna.

Menurutnya, pasukan bomba turut membantu memindahkan mangsa untuk berkumpul di kawasan darat iaitu ke dewan terdekat.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan seterusnya operasi ditamatkan pada jam 5.31 petang.

“Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kita masih menunggu laporan daripada pihak berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut