PEMAKAIAN TELEPOK TERAMAI TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

Seramai 1,002 wanita bertelepok sempena Perasmian Perpatih Fest 2024, di sini, hari ini sekali gus memegang rekod Pemakaian Telepok Paling Ramai menerusi The Malaysia Book of Record (MBOR). Aksesori ikatan kain batik tradisional itu kebiasaannya dipakai wanita Negeri Sembilan suatu masa dahulu dan kini dilihat sebagai salah satu pakaian rasmi bagi Ibu Soko.

Ini rekod ketiga yang dipecahkan Perpatih Fest selepas memegang rekod Masakan Kari Kepala Kambing Terbanyak (100 kepala) dan Perarakan Panta Berkucung Terbanyak (222) pada penganjuran tahun lalu. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dengan tema ‘Adat Yang Diuco Pakai’, Perpatih Fest kali ini digabungkan bersama NS Fest yang berlangsung selama lapan hari bermula pada 27 Julai lalu. Selain acara ‘Moh Bertelepok’ pelbagai aktiviti menarik yang disajikan berkaitan Adat Perpatih dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan.

Sudah pasti pengunjung akan menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk mengenali dengan lebih dekat pengamalan Adat Perpatih melalui berbagaibagai aktiviti yang dijalankan Luak dan Wilayah Adat dalam Perpatih Fest. Antara aktiviti lain pada festival kali ini adalah Forum Perdana Ehwal Islam, Demontrasi Masakan Luak, Demonstrasi Peralatan Adat Luak, Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Luak serta Masakan Masyarakat Cina, India dan Orang Asli.

Tinjauan di sekitar acara itu mendapati wanita dari pelbagai peringkat usia teruja mengenakan telepok yang mana pada peringkat mensasarkan seramai 500 peserta sahaja. Menurutnya lagi, manusia tidak dapat menolak arus permodenan, namun tidak boleh membiarkan warisan peninggalan yang diwarisi datuk nenek moyang, iaitu Adat Perpatih hanyut dibawa arus kemajuan. Kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan menyalurkan Dana Memperkasakan Adat Perpatih melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan sejak 2019 untuk Luak dan Wilayah Adat menjalankan program dan aktiviti.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …