STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar, PNGK Negeri telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4 mata iaitu 2.86 berbanding 2.82 pada tahun 2023. Seramai 38 calon mencapai PNGK 4.0 dengan memperolehi 4A Prinsipal berbanding 45 calon pada tahun sebelumnya. Seorang daripada calon cemerlang itu mendapat 5A Prinsipal dalam kelima-lima mata pelajaran diambil. Daripada 1,295 calon yang hadir, sebanyak 100 peratus layak dianugerahkan Sijil STPM.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail dinobatkan sebagai sekolah terbaik bagi peperiksaan STPM 2024 dengan pencapaian PNGK tertinggi iaitu sebanyak 3.31. Sementara Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz mencatatkan peningkatan PNGK iaitu dari 2.74 kepada 2.79. Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

Lapan pelajaran telah menunjukkan peningkatan melebihi 3 peratus dari segi prestasi lulus penuh iaitu Bahasa Cina, Sejarah, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Kimia dan Sains Sukan. Manakala lima mata pelajaran yang telah menunjukkan penurunan ialah Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Tahfiz Al-Quran, Perakaunan dan Biologi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Jabatan Pengangkutan …

KASTAM SABAH GAGALKAN CUBAAN SELUDUP SISIK TENGGILING BERNILAI RM1.3 JUTA

SIDANG MEDIA: Ahmad Taufik Ketika Mengadakan Sidang Media Mengenai Kes Cubaan Menyeludup 100 Kilogram (Kg) Sisik Tenggiling. SANDAKAN: Jabatan Kastam …

PROJEK SISTEM DIGITAL JPJ (REVAMP)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  esi Libat …