TERPEDAYA KERJA SAMBILAN DI TELEGRAM, SURI RUMAH RUGI RM203,981

Hasrat seorang suri rumah ingin mendapatkan pendapatan sampingan lebur apabila dia terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian sehingga terpaksa menanggung kerugian lebih RM200,000. Difahamkan mangsa menerima pesanan menerusi Telegram mengenai kerja sambilan dan perlu memasukkan sejumlah wang ke akaun sebelum mendapat komisen daripada kerja berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihaknya menerima satu laporan polis berkait dengan modus operandi sindiket penipuan itu pada Rabu. Mangsa adalah seorang wanita yang juga suri rumah berusia 38 tahun dan telah berurusan melalui aplikasi Telegram dengan individu yang tidak dikenali. Dia kemudiannya menyertai kerja sambilan secara dalam talian serta membuat pindahan wang sebanyak 19 transaksi bermula 4 April hingga 27 Julai lalu. Mangsa dipercayai menggunakan wang miliknya sendiri dan meminjam wang daripada ahli keluarga. Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM203,981.85. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada tawaran kerja sambilan secara atas talian dan diminta segera membuat semakan daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …