INFLUENZA B

Influenza B adalah wabak penyakit bermusim yang berlaku pada manusia.. Virus ini merebak melalui titisan salur pernafasan pesakit  apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan itu mungkin mencemari tangan pesakit atau permukaan yang terdapat di persekitarannya. Seseorang yang dijangkiti sama ada melalui pernafasan apabila berada dalam jarak kurang dari satu (1) meter dari pesakit atau apabila bersentuhan dengan permukaan yang tercemar.

Seseorang boleh didiagnos dijangkiti influenza dengan melakukan ujian sama ada ujian moleku atau ujian antigen influenza.

Influenza dan demam selsema mempunyai gejala yang hamper sama tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Simptom influenza adalah seperti berikut :

  • Demam tinggi melebihi 38˚C
  • Letih lesu:Teruk dan boleh berlarutan hingga 2-3 minggu
  • Sakit Otot/Sakit Sendi: Sederhana ke teruk
  • Batuk: Batuk teruk. Tidak berkahak pada peringkat awal
  • Hidung berair/berhingus:Tiada/ringan
  • Bersin:Kerap
  • Sakit Tekak: Sederhana ke teruk
  • Sakit Kepala: Sederhana ke teruk

Rawatan influenza bagi kes-kes ringan adalah dengan penjagaan diri.

Kita boleh merawat influenza dengan rawatan dan tindakan di rumah seperti:

  • Minum banyak air
  • Banyakkan berehat
  • Ambil ubat untuk menurunkan demam atau ubat selesama

Langkah pencegahan Influenza adalah seperti berikut:

  • Tutup mulut dengan tisu/sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu dalam tong sampah. Segera cuci tangan dengan air dan sabun.
  • Gunakan penutup mulut dan hidung. Gunakan penutup mulut dan hidung jika anda sakit dan mengalami gejala selsema.
  • Kerap cuci tangan. Jaga kebersihan diri sepanjang masa.
  • Dapatkan vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta, khususnya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung, dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik.

Komplikasi utama influenza adalah radang paru-paru. Selain itu pesakit mungkin juga boleh dijangkiti jangkitan otak, meningitis dan sawan. Sesetengah orang juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi berkaitan selsema, termasuklah orang yang:

  • Mengandung lebih 3 bulan
  • Berumur kurang dari 2 tahun atau 65 tahun ke atas
  • Mempunyai penyakit jantung, buah pinggang atau paru-paru yang kronik
  • Mempunyai diabetes atau system imun yang lemah
  • Tinggal dalam pusat jagaan dalam jangka masa yang lama

Sumber : eCentral

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut