9 CARA HALAU TIKUS SESUAI DIAMALKAN DI MALAYSIA!

Tikus adalah haiwan perosak yang sangat digeruni pemilik rumah dan juga kedai makan. Ia sinonim dengan tempat yang kotor dan jijik.

Apabila tikus banyak berkeliaran, tahi tikus dan air kencingnya akan bersepah dimerata tempat laluan kita. Ia dapat dilihat di dalam almari, stor, dapur dan banyak lagi tempat tersusut.

Selain daripada boleh melakukan kerosakan, tikus juga boleh memberikan penyakit bahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis.

Punca utama kencing tikus ni memang datang daripada tikus yang dijangkiti dengan bakteria Leptospira, tapi bakteria ni boleh juga yang dibawa oleh binatang lain.

Ada juga kes di mana manusia dijangkiti apabila pergi ke tempat air seperti sungai atau tasik yang terdedah dengan air kencing tikus.

Kita perlu tahu simptom kencing tikus supaya boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Jika terlambat, penyakit ni boleh merebak dengan cepat dan akan membawa maut.

Jadi, kena ambil tahu simptom penyakit kencing tikus yang sangat bahaya ni!

Simptom penyakit kencing tikus

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sejuk kaki dan badan
  • Sakit otot
  • Muntah
  • Sakit abdomen
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal
  • Mata merah
  • Kekuningan kulit dan mata (jaundice)

Jika terdapat simpton-simpton di atas, perlulah segera mendapatkan rawatan di klinik-klinik berhampiran supaya tidak berlarutan dan bertambah teruk.

Pemeriksaan lanjut akan dapat memastikan samada anda telah dijangkiti penyakit kencing tikus atau tak.

Terdapat beberapa tanda dan kesan yang boleh diperhatikan di sekeliling kawasan dalam rumah untuk mengetahui kehadiran tikus iaitu:

  • Najis tikus seperti bentuk beras berwarna coklat gelap
  • Kesan gigitan pada plastik makanan, perabot kayu, wayar elektrik
  • Kesan kotoran pada dinding di sepanjang laluan haiwan perosak ini, disebabkan kotoran pada badan tikus yang bergesel dengan permukaan dinding
  • Bunyi cakaran dari atas siling pada waktu malam. Disebabkan tikus aktif pada waktu malam, bunyi cakaran akan didengari pada waktu ini
  • Kesan tapak kaki kecil. Bagi mengetahui laluan aktif yang dilalui tikus, taburkan tepung di sekeliling laluan yang disyaki menjadi laluan tikus. Kesan tapak kaki yang baru akan dapat dilihat pada keesokan paginya
  • Lubang dalam tanah. Tikus boleh membina lubang dalam tanah sebagai sarang, tempat simpanan mereka atau menjadi laluan tikus ke dalam rumah.
  • Sarang tikus. Tikus kebiasaannya akan membuat sarang di kawasan yang tersembunyi dengan menggunakan cebisan kertas atau kain. Dalam sarang tikus ini, biasanya anda akan menjumpai anak-anak tikus yang masih kecil dan sarang ini akan terletak berdekatan dengan sumber makanan seperti peti sejuk.
MENGHALAU DAN MENGHAPUSKAN TIKUS

Cara yang biasa digunakan bila nak uruskan masalah tikus adalah dengan memasang perangkap tikus atau letak racun tikus.

Kedua-dua cara ni tak begitu efektif sebab tidak semua tikus yang ada akan mati. Tikus masih boleh datang dan mengganggu kehidupan anda.

Sebenarnya, ada pelbagai cara halau tikus lain yang boleh kita cuba, seperti di bawah:

1.  Daun Pandan
  • Boleh letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluan mereka kerana tikus sangat tak suka dengan bau pandan.
  • Selain halau tikus, rumah anda pun akan berbau harum dan segar.

2.   Daun Durian Belanda
  • Dapatkan beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau tempat yang selalu mereka lalu. Lepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru.
  • Boleh juga letak dalam almari pakaian untuk mengelakkan tikus bersarang di situ.

3.   Pokok Daun Semalu
  • Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu ni, sebab ada duri yang tajam pada tumbuhan ni.
  • Kalau tak nak tikus datang, anda boleh cuba menanam pokok daun semalu pada sekeliling atau di tepi rumah yang menjadi laluan mereka.

4.   Kulit Durian
  • Letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus.

Mereka akan takut untuk datang kerana kulit durian yang berduri tajam tu, dan juga sebab bau durian yang tak digemari oleh tikus.

5.   Sisa Teh Uncang
  • Gunakan uncang yang dah digunakan dan gantungkan pada tempat yang selalu tikus lalu.
  • Tikus memang tidak suka dengan bau teh uncang, dan pada masa yang sama uncang itu juga boleh menghalau labah-labah.
6.   Serai Wangi
  • Serai wangi merupakan cara yang paling popular untuk halau tikus. Terdapat pelbagai produk yang telah dibuat menggunakan serai wangi ni, dalam bentuk serbuk, cecair, dan kiub.
  • Untuk menghalau haiwan perosak itu dengan cepat, letak serai wangi segar, atau sembur cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.
7.   Cuka atau Serbuk Lada Hitam
  • Titiskan cuka ke dalam bekas kecil pada tempat laluan tikus, dan kena sentiasa tambah cuka di situ.
  • Kalau anda tak gemar dengan bau cuka, boleh juga taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.
  1. Ubat Gegat
  • Ubat gegat atau naphtalene hanya perlu diletakkan di tempat yang sering menjadi kawasan laluan atau sarang tikus.
  • Walaupun tikus tidak suka dengan bau yang dikeluarkan oleh ubat gegat ini, namun awas, ubat gegat ini turut mengandungi racun yang bukan sahaja berbahaya kepada tikus, tetapi juga anak kecil. Oleh kerana ubat gegat ini biasanya berwarna-warni, bentuknya sering disalahertikan sebagai gula-gula oleh kanak-kanak.
9.   Bela Kucing
  • Pada yang gemar dengan kucing mesti suka dengan cara ini.
  • Tapi,perlu pastikan yang kucing itu memang jenis yang sangat pandai menangkap tikus.

 

Kalau diikutkan, banyak lagi petua halau tikus yang ada. Bermacam-macam cara yang dah digunakan oleh orang ramai untuk menghapuskan dan mengelak daripada tikus datang lagi ke rumah.

Panduan Relevan

https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/petua-halau-tikus-dengan-berkesan-ms-37072?srsltid=AfmBOooFp_O_BbIH1iMM73ySnieHjivaDk6QUdySENYIDBlUK1Yz2VjT

https://sinarplus.sinarharian.com.my

https://iqiglobal.com/blog/bm/5-cara-halau-tikus

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut