DIDENDA RM1,700 BUAT LAPORAN PALSU UNTUK TARIK PERHATIAN RAKAN

Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menjatuhi hukuman denda RM1,700 terhadap seorang pekerja syarikat pembersihan selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu bahawa dia diugut sehingga mengalami kecederaan gara-gara ingin menarik perhatian rakannya. Majistret Saiful Sayoti turut memerintahkan Nur Maizatul Khairiah Mohd Nazri,26, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah memberi kenyataan kepada seorang pegawai polis wanita maklumat bertulis berkaitan kejadian kes ugutan dalam aplikasi WhatsApp dan mendatangkan kecederaan di depan sebuah kilang di daerah ini. Ia yang mana tertuduh ketahui sebagai maklumat palsu sedemikian telah menyebabkan pegawai polis tersebut melakukan tindakan tidak sepatutnya diambil jika mengetahui atau fakta sebenar. Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 20 Julai lalu jam 12.15 tengah malam bertempat di pejabat pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Sehubungan itu, dia telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen sama yang membawa hukuman sehingga enam bulan atau dengan denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. Tertuduh yang sebelum itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohamad Faisal Jaafar dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan jumlah denda paling minimum susulan tertuduh perlu menanggung keluarganya dengan pendapatan RM1,300 selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin dalam hujahnya memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh itu menyusahkan pihak terlibat terutamanya polis.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membuat laporan polis palsu dengan mendakwa menerima ugutan melalui Whatsapp dan telah dicederakan di bahagian lengan kiri dengan menggunakan pisau. Kejadian itu dikatakan berlaku semasa dia menaiki motosikal jenis skuter Yamaha Ego menuju balik ke Juasseh sehingga menyebabkannya terbabas di bahu jalan berhampiran sebuah kilang di Kuala Pilah.

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MANAKAH YANG BAHAYA? ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE

Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai β€˜rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, …
Maklumat Lanjut

#ADDINAHAD: BANTU MELEPASKAN KESUSAHAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: β€œSesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada …
Maklumat Lanjut

LAGI CUBAAN SELUDUP KELAPA BERNILAI LEBIH RM200 RIBU

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan penyeludupan buah kelapa di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan, pada 5 Disember 2024 …
Maklumat Lanjut