๐™‚๐™€๐™‰๐™€๐™๐˜ผ๐™‡ ๐™๐™Š๐™‡๐™‡๐˜พ๐˜ผ๐™‡๐™‡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

๐‘ฎ๐’†๐’๐’†๐’“๐’‚๐’ ๐‘น๐’๐’๐’๐’„๐’‚๐’๐’, Ketua Polis Daerah Timur Laut bagi Bulan Julai 2024 diadakan di Dewan Latihan, IPD Timur Laut dihadiri Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis. Ketua Polis Daerah Timur Laut, YDH ACP Razlam bin Ab Hamid dalam amanatnya menasihati warga IPD Timur Laut agar mempertingkatkan tahap disiplin diri bagi membentuk nilai integriti dalam diri masing-masing. Beliau turut mengingatkan semua agar memperbaiki sistem penyampaian dengan sentiasa bersopan santun dan menggunakan budi bahasa yang baik ketika berkomunikasi dengan orang awam.
Amaran juga turut diberikan agar semua warga PDRM IPD Timur Laut tidak terlibat dengan pelanggaran undang-undang, salah laku, salah guna kuasa serta apa jua pelakuan yang akan mencalarkan imej PDRM. Para penyelia harus memainkan peranan melaksanakan penyeliaan secara lebih komprehensif dan proaktif terhadap pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.
Sumber : IPD Timur Laut, Pulau Pinangย https://www.facebook.com/ipdtimurlaut

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …