PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN MENGAKU CEROBOH ASRAMA JURURAWAT

Seorang pembantu perawatan kesihatan dijatuhi hukuman denda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh asrama jururawat wanita di daerah ini April lalu. Tertuduh, Muhammad Fazlin Mat Fuad, 35, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Saiful Sayoti. Mahkamah turut menetapkan hukuman tujuh bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Saiful ketika menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah mengambil kira isu kepentingan awam dan tindakan berbahaya yang diambil tertuduh boleh mengancam rasa keselamatan dalam kalangan pelajar atau pekerja di kawasan hospital. Hukuman sewajarnya dikenakan sebagai pengajaran kepada kamu dan orang awam agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menceroboh masuk dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di sebuah asrama jururawat (wanita) Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),Kuala Pilah tanpa kebenaran. Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 1.33 pagi pada 20 April lalu. Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu,Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin dalam hujahannya memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira, tempat tertuduh menceroboh merupakan kawasan tertuduh bekerja. Pihak pendakwaan mohon hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada tertuduh yang mana sebagai orang bekerja perlu mematuhi dan mengetahui undang-undang di tempat kerja.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohamad Faisal Jaafar memohon jumlah denda paling minimum berikutan kesalahan berkenaan merupakan kesalahan kali pertama. Mengikut fakta kes, pengadu iaitu seorang wanita ketika berada di pejabat asrama jururawat (wanita) hospital kira-kira jam 8 pagi, 22 April lalu telah mendapat tahu daripada seorang pengawal keselamatan yang bertugas mengenai kejadian ceroboh masuk di asrama berkenaan.

Pengadu telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian yang dimaksudkan iaitu 20 April dan melihat kelibat seorang lelaki yang dikenali telah masuk ke dalam kawasan asrama.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

#ADDINAHAD: TUJUH SEGERA YANG DISUKAI ALLAH SWT

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT Segera Bertaubat  Segera Menunaikan Solat  Segera Memberi Sedekah  Segera dalam Melakukan Kebaikan  Segera Membayar …
Maklumat Lanjut

8 BUAH TRELER SERTA KELAPA SELUDUP BERNILAI RM8.3 JUTA DITUMPASKAN PGA

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Tumpat …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP POKOK BONZAI HITAM BERNILAI RM2.3 JUTA DI KELANTAN

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam …
Maklumat Lanjut