๐™‚๐™€๐™‰๐™€๐™๐˜ผ๐™‡ ๐™๐™Š๐™‡๐™‡๐˜พ๐˜ผ๐™‡๐™‡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

๐‘ฎ๐’†๐’๐’†๐’“๐’‚๐’ ๐‘น๐’๐’๐’๐’„๐’‚๐’๐’, Ketua Polis Daerah Timur Laut bagi Bulan Julai 2024 diadakan di Dewan Latihan, IPD Timur Laut dihadiri Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis. Ketua Polis Daerah Timur Laut, YDH ACP Razlam bin Ab Hamid dalam amanatnya menasihati warga IPD Timur Laut agar mempertingkatkan tahap disiplin diri bagi membentuk nilai integriti dalam diri masing-masing. Beliau turut mengingatkan semua agar memperbaiki sistem penyampaian dengan sentiasa bersopan santun dan menggunakan budi bahasa yang baik ketika berkomunikasi dengan orang awam.
Amaran juga turut diberikan agar semua warga PDRM IPD Timur Laut tidak terlibat dengan pelanggaran undang-undang, salah laku, salah guna kuasa serta apa jua pelakuan yang akan mencalarkan imej PDRM. Para penyelia harus memainkan peranan melaksanakan penyeliaan secara lebih komprehensif dan proaktif terhadap pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.
Sumber : IPD Timur Laut, Pulau Pinangย https://www.facebook.com/ipdtimurlaut

Artikel/Berita Terkini

MELAKA CATAT LONJAKAN PENDAPATAN LUAR BIASA

Banda Hilir โ€“ Prestasi kewangan Melaka terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan peningkatan pendapatan luar biasa sebanyak 21 peratus. Ketua …

KAJIAN JAMBATAN MELAKA-INDONESIA DIBENTANG KEPADA MPFN โ€“ KM

Gadek โ€“ Kerangka kajian pembinaan jambatan menghubungkan Melaka dan Indonesia akan dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam masa …

LEBIH 19,000 PESAKIT MENTAL DI NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN PALING RAMAI

Negeri Sembilan merekodkan sejumlah 19,264 pesakit mental sejak 2021 dengan daerah ini tertinggi membabitkan 11,090 pesakit. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, …