ASEAN PERLU KERJASAMA ATUR RANGKA KERJA KAWAL SELIA INTERNET

ASEAN perlu bekerjasama dalam meneroka rangka kerja kawal selia yang lebih ketat bagi memastikan ekosistem Internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga di rantau ini.

Perbincangan mengenai rangka kerja itu kini diketuai oleh Thailand dan akan diteruskan apabila Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN tahun depan.

Singapura juga mengalu-alukan langkah Malaysia memperkenalkan rangka kerja kawal selia baharu berkaitan Internet selamat untuk kanak-kanak dan keluarga mulai 1 Ogos yang akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025.

Melalui rangka kerja baharu ini, semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Singapura mempunyai rangka kerja kawal selia untuk platform media sosial di negara itu sejak 2022.

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …