#BULANKESELAMATANNEGARA – MKN KELANTAN: SUKAN SEMPADAN BILATERAL MALAYSIA-THAILAND

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama MTBCO dan TMBCO telah menganjurkan Sukan Sempadan Bilateral Malaysia-Thailand Tahun 2024 pada 25 Julai 2024 di SMK Bukit Bunga, Kelantan.

Program yang disertai lebih 200 orang itu turut melibatkan peserta dari 25 agensi di Daerah Tanah Merah seperti PDRM, ATM, JIM, JKDM, JBPM, KPDN, AADK, JPNIN, KKM, IKBN, JBS, JAPEN dan lain-lain.

Manakala delegasi Thailand pula disertai seramai 72 orang dan diketuai oleh Ketua Pentadbiran Mukim Lohjong Daerah Waeng Narathiwat.

Setiap pasukan terdiri daripada peserta dari kedua-dua buah negara melibatkan pertandingan Bola Sepak, Bola Tampar, Netball Shootout dan Tarik Tali.

Acara diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah, sijil penyertaan, makan tengahari dan dirasmikan oleh Ketua Jajahan Tanah Merah iaitu Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin.

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut