PENGLIBATAN KOMUNITI SEMPADAN DALAM MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA

Memetik ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Padang Terap, YBrs. Tuan Azmin Zainol Abidin dalam program Semarak Komuniti Sempadan MADANI yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai, Padang Terap, kedudukan strategik dan kelebihan yang dimiliki oleh Padang Terap ini hadir dengan pelbagai bentuk ancaman-ancaman keselamatan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara. Justeru, selain Jabatan/Agensi keselamatan yang sentiasa mengawal sempadan darat negara, penglibatan komuniti sempadan juga amatlah penting dan diperlukan dalam menghadapi memelihara kedaulatan negara.

Menggunakan pendekatan turun padang sebagai wadah untuk mendekati komuniti, MKN Kedah telah melaksanakan pelbagai pengisian aktiviti untuk memeriahkan program berbentuk sukaneka termasuklah pertandingan sepak penalti, pertandingan chairball, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pameran daripada agensi kerajaan.

Kejayaan penganjuran program ini adalah hasil usaha sama dan sokongan padu rakan strategik MKN Kedah iaitu Pejabat Daerah Padang Terap, Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap, Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Padang Terap, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sekolah Kebangsaan Padang Sanai yang sudi menjadi tuan rumah penganjuran program.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan penglibatan Jabatan/Agensi pempamer dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perhilitan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kolej Komuniti Padang Terap, Lembaga Tabung Haji, Giatmara, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kehadiran hampir 600 orang pengunjung sepanjang program berlangsung memberi gambaran sokongan orang awam khususnya komuniti sempadan terhadap usaha kesedaran dan kepentingan menjaga keselamatan negara secara bersama.

Sumber: Facebook Rasmi MKN Kedah

Artikel/Berita Terkini

MELAKA-CHONGQING TEROKA POTENSI KERJASAMA PENGURUSAN BANDAR MAMPAN

Ayer Keroh – Melaka terus memperkukuh hubungan strategik dan kepakaran bersama rakan antarabangsa menerusi lawatan kerja teknikal ke Bandar Chongqing, …

DULU SURI RUMAH, KINI PEMBUAT BATIK

Machap Jaya – Bermula dengan hanya ‘langkah kecil’ meluangkan masa kira-kira seminggu mempelajari pembuatan batik, sekumpulan suri rumah di Felda …

SUMBANG BERAS UNTUK ORANG KAMPUNG SETIAP DUA MINGGU

Durian Tunggal – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil akan memperkenalkan satu program baharu bagi …